Wednesday 28 December 2011

kenapa kita suka membazir ?

h e y y o ~

sejuk sejuk *mengigil*. hujan pulak memalam ni. ==' okayy. entri kai ni pedas tak pedas juga lahh. dah lama tak buat entri macam ni. yelahh. lately, asyik cerita pasal diri sendiri je kan. tak kuasa nyah nyah kat luar tu nak baca entri mak kan ? HAHAAA ! (: biasalah mak memang kuat mencarut mengarut sikit lagi lagi time tengah hujan. over gitu kan ! 

okay okay. back to the title, kenapa kita suka membazir ? best ke membazir tu ? bagi aku kita nak membazir tu boleh tapi kepada benda yang berfaedah lah. macam beli keperluan untuk belajar dan makan. aku tahu makan je. zaman sekarang ni moden gilos u'ollss ! zaman sekarang ni aku tengok ramai pakai handset memahal, pakai gadget ribu riban, kemara besar, macam macam lagi lah. tapi best ke pakai benda benda tu ? aku dah pergi interview beberapa orang pengguna handset mahal ni. jom kita tengok jawapan dorang.

aku ada BB tapi BB ni buat aku sakit hati. seriously ! =='

jawapan budak sakai : mestilah best ! boleh show off kat member lain aku pakai gadget memahal. HAHAAA ! *gelak jahat*

jawapan budak 10A+ : biasa je. boleh tahan lah function dia. yang penting mama saya boleh call saya setiap satu jam. mama awak ada call setiap satu jam ? tak ada kan ? mama saya power ! mama i love you ! heheee*gelak budak nerd*

jawapan budak addicted dengan internet : huishhh ! mestilah best kebabommm ! aku boleh update status aku kat facebook dengan twitter setiap 2minit setengah, boleh chat dengan skandal aku yang 10 orang tu, boleh upload picture aku paling latest yang tadi aku kat dalam toilet. jangan jelly u'ollsss ! *erkkkk ! =='*

jawapan budak perasan retis : no komen. apa yang boleh saya bagitahu saya tak ada apa apa hubungan dengan Aaron Aziz. *=='* please jangan tanya soalan yang bukan bukan. *gilo agaknya budak ni, aku tanya lain lain yang dia jawab.*

cukup cukup lah empat tu. penat aku nak kerah idea dengan keadaan yang sejuk ni. back to the story, bagi aku begi barangan yang mahal mahal ni bukan tak boleh tapi mesti ada sebab yang muhasabah. macam beli handset kan kalau purpose kau semata mata nak call dengan mesej je baik kau beli Nokia 3310 je. boleh call, mesej dan tahan lama. kalau tak percaya cuba kau try baling kat anjing confirm anjing tu pengsan 3hari tapi handset kau still boleh on. 

member aku ada iPad 2, aku guna untuk main game je. HAHAA ! (:

trend beli iPad dah semakin berleluasa. kepada bebudak sekolah aku nasihatkan, korang tak payah lah beli benda alah ni. serious aku cakap membazir. korang tak ada sebab utama pun nak beli benda ni setakat nak show off kat member sekolah apa celop. please jangan jadi sakai sangat okay. jangan nak membazir duit mak bapak korang. iPad ni yang aku tengok function dia biasa je. boleh dengar lagu, main game dengan joyful nya, boleh amek gambar korang kat dalam toilet dan korang boleh online kat situ sekali *alang alang upload terus kat facebook*. dari beli tu baik beli iPhone je terus. sama je. ==' *aku tak reti sangat gadget memahal, ni je function yang aku tau*

kalau kamera je mahal tapi tak reti guna pun tak guna okay. (:

lagi satu trend beli kamera DSLR, perghhh ! yang ni aku pun nak tapi tapi kalau kamera je mahal gambar amek tak ada seni tak guna jugak bro and girl. gambar yang cantik bukannya dihasilkan dari kamera yang mahal tapi orang dibelakang kamera tu. kalau tangan kecik kecik dulu mak tak bedung, tak payah gatal gatal beli ea. membazir tauu ! membazir tu amalan syaitan. (:

korang sedar tak yang kita ni suka beli barang yang mahal mahal tapi susah nak bersedekah. mesti korang nak cakap "alahh, rilex lahh ! senyum kan sedekah juga." ==' okayyy. tu memang betul. tapi sampai bila kita nak memberikan senyuman sebagai sedekah ? tak nak ke pahala ? semua orang nak kan ? for me, dari membazir beli benda yang beribu riban ni lebih baik kita sedekah kat orang. lagi baik dari ikut amalan syaitan tu kan ? aku nak tanyalah berapa orang yang baca ni yang selalu sedekah kat surau/masjid ? renung renungkan dan selamat beramal. (:

sayangi ibu bapa anda. jangan suka susahkan mereka tau tau !

 korang mesti perasan kan semenjak dua menjak ni entri aku semuanya berjela jela. HAHAA ! tapi aku suka. banyak idea pulak memalam ni. (: tapi korang renung renungkan lah. mana yang bajet macam anak orang kaya, dato', tan sri tu sedar sedar lahh bahawa hakikatnya ayah korang tu kerja biasa biasa je. sedar lah ea bukan senang ibu bapa kita nak cari duit nak bagi kita adik beradik makan, nak bayar bil itu bil ini lagi, duit kereta lagi. gedebak gedebuk tinggal berapa jelah duit gaji dorang tu. pikir dulu masak masak, benda tu perlu sangat ke ? kalau tak lupakan jelah. okay ?

ehh dah dah ! terlalu panjang. nanti korang bosan. okaylahh. aku dah malas nak menaip ni. thanks lah sebab baca entri aku yang gila nyah panjang ni. HAHAA ! (: okay bye u'ollsss !

p/s : Ema cakap aku macam belon dan doraemon. HAHAA ! (: tapi realitinya Ema budak demok. :p

THANKD FOR READING MY ENTRY.

Saturday 17 December 2011

Result Final Sem 1.

h e y y o ~

entri sebelum sebelum ni aku ada mention kan pasal result sem 1 aku yang keluar semalam. yeahhhh ! result aku biasa biasa je. tak gempak macam orang lain. seriously, aku jealous kepada sesiapa yang dapat dean list ! waaaaa ! nak juga ! nak juga ! nak merasa naik pentas bila nama aku dipanggil sebagai salah seorang dalam senarai dean list. tapi sem ni tak dapat. tapi takpe ! sem depan aku akan pastikan aku dapat result yang gempak dan nama aku akan tersenarai dalam senarai budak dean. HAHAAAA ! *cita cita tinggi*

BERCITA CITA ITU PENTING UNTUK SET MATLAMAT HIDUP KITA

korang semua mesti dah tak sabar nak tengok result aku yang konon gempak sangat tu kan ! HAHAA ! (: nah tengoklahh !

pandangan aku tentang result aku ? hurmmmmm. for me everything OKAY ! tak ada yang aku tak puas hati. semuanya aku tak jangka kot boleh dapat skor. HAHAAA ! aku nak bagi summary untuk semua subjek aku ni.

Programming I :

programming tu memang tak sangka pun boleh dapat B-. sebab kalau nak diikutkan kuiz dengan practical test aku teruk gila *sumpah!*. mini project pun aku buat ala kadar je sebab masa tu banyak sangat benda nak disiapkan. tapi Alhamdulillah lecturer aku baik, dia bagi aku B-. Okaylahh dari dapat C kan ? (: Thanks Madam Zaridah. 

Electronic Workshop Practice :

ni lagi satu subjek yang bagi aku memang killer ! subjek pembunuh ! HAHAA ! subjek ni agak susah bagi aku sebab aku bukan dari sekolah teknik tapi sekolah harian biasa yang ambil sc tulen. kalau nak cakap susah tu tak nak cakap senang pun tak. average ! mula mula aku tak faham memang susah but in the end aku dapat juga belajar cara pasang litar yang betul. HAHAA ! tapi aku punya mini project ke laut, kesian kan ? HAHAA ! tapi thanks lah kat Sir Azlan sebab bagi aku B. bermakna B tu bagi aku ! Thank You SIR !

note : HAPPY BELATED BIRTHDAY SIR AZLAN yang ke 26 ! (: *14/12/2011*

Engineering Physics :

awwww awwww ! ni subjek memang kasi aku senyum lebar ! serious ! HAHAA ! (: subjek ni senang je actually. kalau belajar lah ! kalau tak, tak dapat den nak tolong. mula mula tu tak confident juga boleh dapat A sebab soalan dia senang tapi jawapan aku tu yang terbelit. HAHAA ! nak score subjek ni senang je, mula mula score kat phase test then 2 lab report dia. tu je. senang wa cakap sama lu ! Thank You so much Sir Syazwan !  saya ingat lagi sir pernah tanya saya agak agak saya boleh dapat A ke tak Physics lepastu saya jawab entah lahhh, sebab takut sangat physics tak A tapi sekarang Alhamdulillah, fizik saya 4flat. (:

note : saya minta maaflah kalau selama ni saya banyak bazirkan masa sir sebab tak habis habis sibuk tanya sir pasal physics. (: dan terima kasih juga sebab ajar saya dalam dan luar kelas. keep on smiling sir because you so cute when your start to smile. (: HAHAAA ! *ayat ni over gile =='*

Pengajian Islam :

sentap aku tengok dapat B- actually. HAHAA ! tapi apa apa pun aku syukur dapat B-. lebih baik dari dapat C kan ? *ayat penyedap hati* tapi bila fikir balik memang patut pun aku dapat B-. dengan effort aku yang tak seberapa tu layak ke dapat A ? TIDAK. HAHAA ! (: so please remind yourself Mot that without any effort we can't be successful. usaha aku untuk baca subjek ni memang ke laut. baca tajuk je aku dah mengantuk apa lagi nak habiskan 1 buku. ==' aku baca yang termampu je. anyway, thanks Ustazah Siti Rohani sebab bagi B-. (: 

Foundation English :

okayyy ! mula mula target A untuk subjek ni then bila dah dapat soalan aku dah nampak A tu terbang. bye bye A. welcome B ! (: subjek ni best sikit sebab dia banyak assessment yang menarik minat aku. kita orang buat drama presentation, show and tell dan roleplay. best kan best kan ? HAHAA ! entah berapa aku dapat pun aku tak tahu. tapi Alhamdulillah syukur dapat B. *first time dapat B untuk english =='* Thanks Madam Shariah untuk semua tunjuk ajar. (:

Technical Mathematics I :

HAHAAA ! nilahh salah satu subjek yang aku paling suka untuk sem 1 ni. kenapa aku suka ? sebab senang lah. *ayat aku belagak sangat ke ?* mula mula lecturer aku cakap selalunya student tak cukup masa nak jawab paper ni tapi syukur aku cukup masa. (: aku siap 1 jam lebih awal. laju tak laju aku tekan kalkulator tu.  tapi subjek ni tak bagi aku pressure sangat macam Fizik. tu yang boleh keluar awal tu. (: HAHAAA ! *padahal tak nak pun keluar awal tapi sebabkan orang tu amek kertas je aku terpaksa keluar* Thanks Madam Rodziah. (: *macam tu ke eja nama madam ? confius sebentar*

wow ! panjang seyh entri aku ni. sorrylah kalau banyak ayat bajet bagus, penyedap hati dan ayat skema aku bagi. (: aku nak cakap congrats kepada sesiapa yang dapat result bagus terutama sekali tutttttt ! kau tahu siapa kau kan ? budak dean list ! :p kepada yang dapat result sipi sipi lagi nak dean list macam aku ni, takpe next year kita study lagi. kita pulun habis habis. yang result ke laut tu, aku harap korang bersabar ea ? jangan tension tension, jangan sedih. hadapi semua ni dengan senyuman. (: ingat kita tak akan selalu berada di bawah. Allah kan Maha Adil. hari ni kita gagal siapa tahu lepas ni kita berjaya, bak kata pepatah tuah ayam nampak dikaki tuah manusia siapa tahu. (:

sampai ni je lah entri aku kali ni. panjang sangat. korang mesti mengantukkan baca, aku pun sama. HAHAAA ! okay lahh. bye bye ! jumpa lagi di entri yang seterusnya. (: ADIOS !

p/s : aku tak boleh tidur. ==' tadi dapat tidur 1jam je. haihhhh ! sekarang nak buat cubaan tidurkan diri. 

THANKD FOR READING MY ENTRY.